Ahad, 4 Oktober 2015

GODAAN ADIK IPAR SEWAKTU KETIADAAN ISTERI DIRUMAH...

BIKIN PANAS !!! GODAAN ADIK IPAR SEWAKTU KETIADAAN ISTERI DIRUMAH...


Waktu Isteri Tiada, Adik Ipar Masuk Bilik Suami Hanya Berpakaian Dalam Sahaja



Saya berusia awal 30-an & tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerna tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri & anak perempuan berusia bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki & dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, 2 adik ipar saya itu sering mengganggu saya.

Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yg kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek & pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi & tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucahhh yang ingin mengajak saya ‘bersama’.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogelllll di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai 4 orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri, saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor

ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab, “Saudara ipar adalah kematian.” (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.

Wanita Perlu Cukur Bulu Kemaluan, Jika Tidak .…

Perlukah seorang Wanita mencukur Bulu Kemaluannya...???


DEBAT mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Apakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?
Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.
Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.
Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembapan sekali gus menjejaskan kesihatan.
“Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim”, katanya.
Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan nafsu seks.
 
Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan secara tepat. Menjaga kebersihan Miss Vada yang rutin seperti mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.
Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden :
1. MENCUKUR Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan. Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh. Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.
2. MENGGUNTING : Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin. Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.
3. MENGHILANGKAN SECARA TETAP : Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagianMiss V sepanjang proses perawatannya. Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?
Kesimpulan:
Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.
Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ langsung buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.
Setelah melalui siri rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.
Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.
Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka. 

AURAT WANITA DIJADIKAN SUMBER KEWANGAN !!!

TAK PAKAI TUDUNG SEBAB EKONOMI BELUM STABIL KATANYA...


Ish, ish jika benar apa yang ditulis di tajuk, sungguh sedih admin nak membuat posting ini.

KEBANYAKAN penyanyi seangkatan Amelina kini sudah pun bertudung, antaranya Ziana Zain dan Erra Fazira namun Amelina mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa dia masih belum melakukan penghijrahan serupa.
Ini kerana disebabkan keadaan kewangannya yang masih belum stabil jika dibandingkan dengan rakan-rakan artis yang lain.
Memetik laporan mStar, Amelina atau nama sebenarnya Nurazlina Amir Sharifuddin, 41, berkata, “Ramai yang komen dan bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab.
“Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakan sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi.
“Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujarnya.
Jika diimbas semula, Amelina mula memperlahankan perjalanan karier seninya sejak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 dan kini muncul semula dalam dunia seni.
Hasil perkahwinan, Amelina mempunyai lima cahaya mata iaitu Putera Al’ Affiq, 13, Putera Al’ Asyraff, 12, Puteri Nur’ Asyurah, 10, Putera Al’ Arffa, 8, dan Putera Al’ Amzar, 6.


BOLEHKAH MENGINTAI TUNANG MANDI ???

BIKIN PANAS!!! MENGINTAI TUNANG MANDI ???